Pihak AJK PIBG SK Menjalara ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1430H kepada semua ibubapa penjaga yang beragama Islam. Semoga tahun baru kali ini memberi kejayaan kepada kita semua.
Juga AJK PIBG SK Menjalara ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua ibubapa dan penjaga kepada semua pelajar SK Menjalara. Semoga tahun 2009 membawa kejayaan yang lebih kepada SK Menjalara.
Kami AJK PIBG sangat mengalu-alukan sebarang sumbangan dari segi idea dan cadangan untuk memartabatkan lagi sekolah anak kita ini.
Sekian,
Monday, December 29, 2008
KELAS TAMBAHAN TAHUN 5
Walaupun kanak-kanak lain sibuk dengan bermain untuk mengisi masa lapang sepanjang cuti sekolah yang lalu, perkara ini tidak berlaku kepada pelajar-pelajar Tahun 5 2008. Pihak sekolah telah membuat inisiatif mengadakan kelas tambahan kepada mereka ini. Kelas ini telah diadakan selama 3 minggu dari 24-28/11, 1-4/12 dan 15-18/12. Semoga kelas tambahan ini dapat memberi persediaan kepada mereka untuk menghadapi Tahun 6 tahun depan.
KEPUTUSAN UPSR 2008
Seramai 8 orang pelajar SK Menjalara mendapat 5A dalam UPSR yang lalu. Tahniah kepada mereka ini.
Monday, April 28, 2008
Lawatan Ke Ekspo Hari Harta Intelek Negara 2008

Ekspo ini diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC, Kuala Lumpur. Seramai 4 orang guru yang mengiringi lawatan ini. Mereka ialah Puan Tg. Manira Tg Yaakub, Puan Lilian Ng Mun Ling, Puan Nuraidah Abu Kassinm dan Puan Nor Aziah jamaluddin. Segala kos perbelanjaan telah ditanggung oleh pihak penganjur iaitu Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
Pihak penganjur menjemput pelajar-pelajar sekolah ke Ekspo ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan inovasi, hak cipta dan pemasaran berkaitan dengan Harta Intelek. Ia juga memberi kesedaran bahawa kerajaan mengambil berat untuk menyelamat pereka-pereka ini dalam memberi sumbangan ke arah pembangunan negara. Dengan ini ia dapat membuka minda pelajar untuk menjadi seorang pereka yang lebih inovatif di masa depan.
Friday, April 25, 2008
Mesyuarat Agong PIBG ke 13
Mesyuarat Agong ke 13 SK Menjalara, Kepong, Kuala Lumpur telah diadakan pada 20hb April 2008 di dewan SK Menjalara. Mesyuarat agong ini telah diresmikan oleh Guru Besar SK Menjalara iaitu En Rosli bin Abdul Wahid. Kehadiran ahli ke mesyuarat kali ini sungguh membanggakan daripada tahun-tahun lepas. Mesyuarat aging kali ini tidak ada usul yang dibahaskan cuma cadangang sahaja yang dikemukakan.
Ahli Jawatankuasa baru juga dilantik. Dibawah adalah AJK PIBG sessi 2008/2009
Penasihat : En. Rosli Abdul Wahid
Yang Dipertua : En. Azizan b. Ahmad
Naib Yang Dipertua : Tn. Haji Mohd Suhaimi b. Zakaria
Setiausaha : Pn. Nor Aziah bt Hj. Jamaluddin
Naib Setiausaha : Pn. Sharmila bt Mohamed.
Bendahari : Pn. Asmah bt Ismail
AJK Ibubapa: 1) Pn. Fadzilah bt Ismail
2) Pn. Hajjah Roehyza Aida bt Hamid
3) En. Mohd Nor bin Nurudin
4) Pn. Hajjah Noor Zaiton bt Kalam
5) En. Ruzaimi b. Mat Rani
AJK Guru: 1) Pn Aliza bt Boh
2) Pn Nuraidah bt Abu Kassim
3) En. Ahmad Raihan b. Abd. Rahman
4) Pn. Tuan Zainab bt Tuan Mat
Juruodit 1) En. Azmi Abd. Ghani
2) Tn Haji Adnan b Mujid
Diharap ibubapa dan penjaha pelajar SK Menjalara dapat menghubungi mereka ini sekiranya ada sebarang masalah atau cadangan yang hendak dikemukakan.
Ahli Jawatankuasa baru juga dilantik. Dibawah adalah AJK PIBG sessi 2008/2009
Penasihat : En. Rosli Abdul Wahid
Yang Dipertua : En. Azizan b. Ahmad
Naib Yang Dipertua : Tn. Haji Mohd Suhaimi b. Zakaria
Setiausaha : Pn. Nor Aziah bt Hj. Jamaluddin
Naib Setiausaha : Pn. Sharmila bt Mohamed.
Bendahari : Pn. Asmah bt Ismail
AJK Ibubapa: 1) Pn. Fadzilah bt Ismail
2) Pn. Hajjah Roehyza Aida bt Hamid
3) En. Mohd Nor bin Nurudin
4) Pn. Hajjah Noor Zaiton bt Kalam
5) En. Ruzaimi b. Mat Rani
AJK Guru: 1) Pn Aliza bt Boh
2) Pn Nuraidah bt Abu Kassim
3) En. Ahmad Raihan b. Abd. Rahman
4) Pn. Tuan Zainab bt Tuan Mat
Juruodit 1) En. Azmi Abd. Ghani
2) Tn Haji Adnan b Mujid
Diharap ibubapa dan penjaha pelajar SK Menjalara dapat menghubungi mereka ini sekiranya ada sebarang masalah atau cadangan yang hendak dikemukakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)