
Ekspo ini diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC, Kuala Lumpur. Seramai 4 orang guru yang mengiringi lawatan ini. Mereka ialah Puan Tg. Manira Tg Yaakub, Puan Lilian Ng Mun Ling, Puan Nuraidah Abu Kassinm dan Puan Nor Aziah jamaluddin. Segala kos perbelanjaan telah ditanggung oleh pihak penganjur iaitu Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
Pihak penganjur menjemput pelajar-pelajar sekolah ke Ekspo ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan inovasi, hak cipta dan pemasaran berkaitan dengan Harta Intelek. Ia juga memberi kesedaran bahawa kerajaan mengambil berat untuk menyelamat pereka-pereka ini dalam memberi sumbangan ke arah pembangunan negara. Dengan ini ia dapat membuka minda pelajar untuk menjadi seorang pereka yang lebih inovatif di masa depan.