Wednesday, July 22, 2009

Karnival Bacaton SK Menjalara 2009



Jangan Lupa. 3 hari lagi. Karnival Bacaton SK Menjalara 2009. Sabtu 25/7/2009, bermula jam 8pagi.

Sunday, July 12, 2009

KARNIVAL BACATON SK MENJALARA 2009

PIBG dan Pihak Sekolah akan mengadakan Karnival Bacaton Sek. Keb. Menjalara 2009 pada 25hb Julai 2009 bermula jam 8.30 pagi. Antara tujuan utama ialah :-
1) Mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan ibubapa.
2) Menambah dana kewangan PIBG bagi membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat memberi menafaat dan meningkatkan jatidiri pelajar-pelajar SK Menjalara.

Berbagai-bagai acara dan akitiviti yang sedang dirancangkan untuk mengisi karnival ini. Perkembangan terbaru akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Kem Kecemerlangan dan Jatidiri Tahun 6, SK Menjalara 2009.

Bagi meningkatkat kesedaran pelar-pelajar Tahun 6, pihak PIBG dan
sekolah mengambik inisiatif untuk mengadakan kem di atas. Objektif
kem ini adalah untuk meningkatkan daya keyakinan diri serta mampu
merangka matlamat dan strategi demi kecemerlangan dalam pembelajaran
dan peperiksaan UPSR 2009.

Kem ini akan diadakan di D'Ark Resort, Janda Baik, Bentong, Pahang
Darul Makmur pada 15hb Julai 2009. Ia merupakan kem 1 hari dan murid-
murid tahun 6 diminta berada di sekolah sebelum pukul 7 pagi. Mereka
dijangka sampai balik pukul 7 malam.


Di antara modul-modul yang akan dilaksanakan dalam kem ini ialah:-
1) Kecemerlangan - memberi kesedaran tentang kepentingan keputusan
yang cemerlang
2) Teknik tentang pengurusan diri dan masa
3) Pembayangan atau Visioning
4) Lunch
5) Games


Di harap tuan-tuan dan puan-puan dapat memberi sokongan kepada sekolah
untuk menjayakan kem ini.