Monday, February 16, 2009

Program "BACATON MENJALARA"

Program Bacaton Menjalara ini merupakan salah satu program yang akan dijalankan oleh PIBG SK Menjalara. Ia diadakan bertujuan untuk menjadikan membaca sebagai budaya hidup warga SK Menjalara.

Selain dari itu, program ini diadakan bertujuan juga untuk mengumpul dana PIBG melalui penglibatan dan kerjasama seluruh warga SK Menjalara bersama ibubapa dan penjaga. Program ini diadakan dengan menggunakan konsep memungut derma/sumbangan daripada individu, ibubapa/penjaga, sektor swasta dan institusi-institusi lain yang berkesanggupan untuk menderma.

Dengan sumber kewangan yang akan diperolehi, pihak PIBG akan dapat membantu sekolah menyediakan kemudahan-kemudahan tertentu yang masih belum ada serta membaik pulih kemudahan-kemudahan yang telah ada.

Keterangan lanjut mengenai bacaton ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

MESYUARAT AGONG PIBG SK MENJALARA KALI KE 14

Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke 14 akan diadakan pada hari Ahad 1hb Mac 2009. Ia akan diadakan pada pukul 9 pagi. Sehubungan dengan itu, AJK PIBG sessi 2008/2009 menjemput semua ibubapa dan penjaga agar datang ke mesyuarat agung kali ini. Berbagai perkara dan usul yang akan dibincangkan untuk kebaikan anak-anak kita semua. sehubungan dengan itu, mereka yang masih belum menghantar usul atau cadangan dapat berbuat demikian secepat mungkin dengan menghantar kepada sekolah.

Marilah kita sama-sama berganding bahu dalam membantu pihak sekolah dalam mendidik anak-anak kita.

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2008

Majlis di atas telah diadakan pada hari Sabtu, 14hb Februari 2009 yang lalu. Majlis ini diadakan bagi menghargai kejayaan yang telah dilakukan oleh para pelajar SK Menjalara. Majlis ini telah diresmikan oleh YDP SK Menjalara iaitu En Azizan. Berbagai amanat yang telah diberikan oleh beliau kepada para pelajar dan guru-guru SK Menjalara bagi memenuhi impian sekolah untuk mencapai 30% 5A dalam UPSR 2009. (16 orang)

Dalam majlis itu juga disampaikan sumbangan kepada mereka yang mendapat 5A dalam UPSRA yang lalu. Mereka adalah:-
1. Aiman Khair bin Samsul Hairi
2. Cindy Low Sim Yee
3. Muhammad Aiman bin Abas
4. Muhammad Yassir Rabani bin Ramlan
5. Nurul Azzah Athirah binti Mohd Nasir
6. Moo Suet Yin
7. Muhd Atiq Fitri bin Azmi
8. Prinesh Nair Gopal


Untuk tokoh murid 2008, pihak PIBG bersetuju untuk melantik tokoh murid Tahap 1 dan tahap 2.
Tokoh murid Tahap 1 :-
1. Muhd Syahmi Hafiz bin Supian
2. Nurul Husna binti Nurul Hasnan

Tokoh murid Tahap 2 :-
1. Muhd Atiq Fitri bin Azmi
2. Cindy low sim Yee

Pihak PIBG ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya. Dan mereka yang tak berjaya, jadikan tahun 2009 ini sebagai tahun yang membawa kejayaan kepada anda semua.