Monday, February 16, 2009

Program "BACATON MENJALARA"

Program Bacaton Menjalara ini merupakan salah satu program yang akan dijalankan oleh PIBG SK Menjalara. Ia diadakan bertujuan untuk menjadikan membaca sebagai budaya hidup warga SK Menjalara.

Selain dari itu, program ini diadakan bertujuan juga untuk mengumpul dana PIBG melalui penglibatan dan kerjasama seluruh warga SK Menjalara bersama ibubapa dan penjaga. Program ini diadakan dengan menggunakan konsep memungut derma/sumbangan daripada individu, ibubapa/penjaga, sektor swasta dan institusi-institusi lain yang berkesanggupan untuk menderma.

Dengan sumber kewangan yang akan diperolehi, pihak PIBG akan dapat membantu sekolah menyediakan kemudahan-kemudahan tertentu yang masih belum ada serta membaik pulih kemudahan-kemudahan yang telah ada.

Keterangan lanjut mengenai bacaton ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

No comments: