Sunday, July 12, 2009

KARNIVAL BACATON SK MENJALARA 2009

PIBG dan Pihak Sekolah akan mengadakan Karnival Bacaton Sek. Keb. Menjalara 2009 pada 25hb Julai 2009 bermula jam 8.30 pagi. Antara tujuan utama ialah :-
1) Mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan ibubapa.
2) Menambah dana kewangan PIBG bagi membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat memberi menafaat dan meningkatkan jatidiri pelajar-pelajar SK Menjalara.

Berbagai-bagai acara dan akitiviti yang sedang dirancangkan untuk mengisi karnival ini. Perkembangan terbaru akan dikemaskini dari masa ke semasa.

3 comments:

Anonymous said...

Dengan adanya blog sekolah ni dapatlah ibubapa mendapat maklumat dengan lebe cepat. Kadang2 anak-anak lupa memberitahu hal aktiviti sekolah. Terima kasih

Suhaimi said...

Ya betul. Itulah tujuannya. Ini encik atau puan?.

Walaubagaimanapun harap tuan-tuan dan puan-puan dapat hadir ke sekolah memeriahkan karnival ini. Pihak Bank Rakyat juga ada menyubang hadiah untuk aktivit mewarna. Tapi anak-anak kita hanya perlu membuka akaun sebanyak RM10 untuk membolehkan anak-anak kita menyertai pertandingan mewarna. Saya rasa jumlah ini tidak membebankan. Lagi pun ini untuk mereka juga. Dapatlah kita mengajar anak-anak kita supaya rajin menabung duit.

PIBG dan sekolah sangat berharap ibubapa dapat sama-sama memeriahkan karnival ini. Pihak penganjur merancang untuk mengadakan gerai jualan. Gerai jualan ini terbuka kepada orang ramai yang nak berniaga. PIBG hanya meminta some % daripada hasil jualan. Bayaran tapak tidak dikenakan.

Jadi marilah sama-sama kita meriahkan karnival ini. Jangan lupa.. Sabtu 25/7/2009,jam 8.00pagi, bertempat di dalam perkarangan SK Menjalara. Datanglah awal-awal...