Monday, February 16, 2009

MESYUARAT AGONG PIBG SK MENJALARA KALI KE 14

Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke 14 akan diadakan pada hari Ahad 1hb Mac 2009. Ia akan diadakan pada pukul 9 pagi. Sehubungan dengan itu, AJK PIBG sessi 2008/2009 menjemput semua ibubapa dan penjaga agar datang ke mesyuarat agung kali ini. Berbagai perkara dan usul yang akan dibincangkan untuk kebaikan anak-anak kita semua. sehubungan dengan itu, mereka yang masih belum menghantar usul atau cadangan dapat berbuat demikian secepat mungkin dengan menghantar kepada sekolah.

Marilah kita sama-sama berganding bahu dalam membantu pihak sekolah dalam mendidik anak-anak kita.

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya mengenai kelas tambahan yang diadakan disekolah, Sebagaimana yang telah diberitahu oleh Guru Besar semasa mesyuarat PIBG baru-baru ini, Difahamkan kelas tambahan tersebut diadakan untuk pelajar dari tahun 3 hingga tahun 6 dan bagi tahun 3 seramai 12 orang telah mendaftar. Boleh saya tahu apakah ada syarat-syarat tertentu unutk menyertai kelas tambahan tersebut dan bagaimana saya boleh mendapatkan borang tersebut.

Suhaimi said...

Waalaikum Salam,

Apa yang saya tahu, pihak sekolah ada menyediakan borang. Borang ini telah diberi kepada semua pelajar Tahun 3 -6. Sekiranya borang ini tak ada, ianya boleh diminta dengan GPK Kurikulum iaitu Puan Tengku Manirah. Untuk tahun 3-5, ianya dikenakan bayaran sebanyak RM30 sebulan manakala Tahun 6, RM 50 sebulan. Kelas tambahan ini telah mula berjalan bermula pada 2hb lalu. Tahun-tahun yang terlibat ialah Tahun 3, 4, 5 dan 6. Tahun 3-5, ada 2 kali seminggu iaitu malam Isnin dan Selasa. Manakala Tahu 6, ada 3 kali seminggu iaitu Isnin, Selasa dan Jumaat. Harap maklumat ini dapat membantu.

Anonymous said...

Terima kasih diatas penerangan tersebut. Mungkin anak saya terlupa atau terhilangkan borang tersebut. Tapi tak mengapalah. Boleh saya tahu apakah subjek-subjek yang diajar semasa kelas tambahan ini dan juga masanya (iaitu dari pukul berapa hingga pukul berapa). InsyaAllah kalau saya rasa masanya sesuai dengan anak saya, saya akan menyuruh dia mendapatkan borang tersebut dari Puan Tengku Manirah. Lagi satu, siapakah yang nengendalikan kelas tambahan ini adakah dari kalangan cikgu sendiri ataupun pihak luar.
Terima Kasih.

Zainol Nazri said...

Salam ,

Saya ingin membuat pertanyaan mengenai activiti Taekwon-Do.
Awal tahun lalu murid-murid diberikan borang Taekwon-do.
Saya berminat dan telah mendaftarkan anak saya utk kelas tersebut.

Soalan saya : bagaimanakah sambutan terhadap kelas taekwon-do tsb. Jika sambutan baik , bila kelas akan dimulakan ..

Sekian , wassalam.